Friday, 24 February 2023

Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM

 Assalamualaikum,,



Dah lama tak join giveaway so let's give it a try :D 
Click the banner if you wanna join. 

Due date: 15 March 2023 

Saturday, 14 January 2023

First Week Went Well Alhamdulillah!

 Assalamualaikum <3



Happy weekend semua! Tetiba harini datang mood nak menulis dalam blog ni lepas setahun tergantung sepi. Oh and Happy New Year everyone! Semoga 2023 much better dari tahun-tahun sebelumnya amin. 

Alhamdulillah dah seminggu lebih aku start kerja dekat JKN unit Entomologi and Pest under MyStep Programme. Sampai harini still takpercaya yang i got the job allahu baiknya Allah. Thanks to my bestie sebab share tentang iklan mystep ni walaupun last day (30/12/2022) baru aku tergerak hati nak emel resume kat jabatan tu lol hahaha sangat la tak serius. Apply tu pun sebab rasa macam tak bestnya jobless. I need something to do kang makcik pakcik tanya kerja apa taktau nak jawab. Takde la jobless mana sebenarnya sebab aku buat part time as coach chess, aku pun baru je grad awal bulan 12 hari tu. Tapi lari jauh la dari apa yang belajar kat uni, degree in chemistry. So, ayuhlah kita mencuba nasib apply job ni. 

Esoknya (31/12/2022) tiba-tiba dapat call minta datang interview 1/1/2023 hahahahahha sumpah rasa blank gila time tu sebab baru apply semalam dah nak kena prepare untuk iv ya tuhan cepatnya. So study la sikit sikit sampai taktidur malam tu sebab kalau ikutkan Entomologi ni takde la berkait mana dengan chemistry but disebabkan dia science base so alhamdulillah boleh faham lagi jobscope dia macam mana. 

So tiba lah hari interview (Ahad, 1/1/2023), aku candidate last yang diinterview, datang lewat punya pasal. Time tu memang redha je kalau tak dapat, orang last kan. Dalam berpuluh candidates yang diinterview, maybe pihak jabatan dah jumpa candidate yang berkenan di hati. Memang redho seredho redhonya tapi time interview still kena slay la bestieq mana boleh main main hahahah mana tau dorang boleh recommend kat jabatan lain ke lol. Ingat ye kawan-kawan, IT'S AIN'T OVER UNTIL IT'S OVER! 

Lepastu balik rumah cerita kat umi abah "candidates ramai blablabla kakak orang last blablabla macam takde harapan blablabla". Pihak jabatan ada bagitau kalau dapat insyaallah esok atau lusa dia call. And guess what, I didnt receive any calls sepanjang 2 hari tu maka lagi sekali I redho dan menjalani kehidupan macam biasa. Dalam tak berharap tu, tiba-tiba I received a call from them hari ke-3. Ya Allah, rasa nak melompat nak nangis nak barlari semua ada! Syukur Alhamdulillah. Dahla dekat dengan rumah, dekat ngan umi abah. Alhamdulillah. 

And Alhamdulillah sepanjang seminggu kerja ni, team Ento sangat-sangat welcoming, tak rasa tersisih pun. Baru seminggu tapi banyak benda baru aku belajar. Setakat ni rasa cam kerja ni kena ngan jiwa aku sebab best gila and harapnya kekal macam ni. Ada hari kena turun lapangan (field work/site visit), ada hari yang kena duduk lab siapkan research and ada hari kena settle report. Allahu sumpah cakap nikmat mana lagi yang aku nak dustakan kalau macam ni la baiknya Allah. Syukur sangat.

Siang kerja lab, malam ajar chess. Masih muda ni nak pulun kumpul duit, yang penting dekat ngan umi abah. Doakan seorang Faz sentiasa redha dan bersyukur dengan nikmat dan ujian yang diberi and sentiasa happy dan semangat buat kerja amin. Taknak la awal awal je semangat lama lama lesu takmau takmau. 

Thank you for reading <3

Saturday, 19 February 2022

Done Final Year Project (FYP) !

 Assalamualaikum :D


Setahun tak update apa apa and here i am making a comeback (gitteww). Alhamdulillah, finally settle jugak my fyp *internal screaming* yep i'm done with fyp emotional damage fuh. Dah tak serupa orang dah duk hadap laptop siang malam nak habiskan review paper ni. Lagi lagi bila odl ni ya allah mencabar betul bila duduk sorang takde member kat sebelah. Every single day kena fight dengan diri sendiri "jangan malas, jangan procrastinate, sikit je lagi nak habis, sikit je lagi nak grad". Sedih la jugak dari sem 4 (2nd year) sampai la sem 7 (4th year) ni kena odl. Tak dapat belajar face to face, tak dapat jumpa member. Tapi syukur alhamdulillah member semua jenis support each other. Remind every single thing, selalu make sure semua alert takde yang terlepas kereta api. 

Sem lepas sem 6, bila settle je fyp proposal punya la excited nak balik uni untuk sem 7. nak masuk lab habiskan fyp. Eh apooo sekali pkp lagi dan lagi terus uni cancel tak dapat balik. Fyp yang sepatutnya kena masuk lab terpaksa tukar jadi review paper. Kecewa la jugak sebab lab skill dah tumpul setumpul tumpulnya lama sangat duk rumah. Mana nak kena apply dalam industry lagi nanti sedihnya lahai. 

21 January 2022 - Viva presentation day (QnA). This marked the end of my FYP journey. ye kut hahaha sekarang tengah tunggu evaluation from the evaluators and SV. Semoga takde kena change apa apa la amin. Sem ni quite challenging for me maybe aku dah burn out kut entah la asyik nak procrastinate je pastu malasnya tuhan je tahu. Syukur dapat SV yang memahami, sabar je explain everything to me, guide satu satu sampai dapat siapkan paper ni. Thank you Dr <3 (sidenote: rajin rajin la dekatkan diri dengan sv masing masing bila start fyp nanti, insyaallah smooth je fyp journey korang. fighting!). And thank you jugak kat my fyp partner, Hani, even struggle ngan fyp dia pun still sabar je dengar aku ranting itu ini, layan je aku bila datang mood nak curhat sebab tengah serabut hahaha may Allah bless you sis. 


(First time attach gambar sendiri dalam blog ni lol)

1 Mac ni insyaallah i'll start working as an intern. Alhamdulillah awal bulan haritu dapat offer dari satu company cosmetic. uuu berjiwa perempuan sangat hahhahaha lagi bersyukur sebab dekat ngan rumah. Nikmat mana lagi yang kau dustakan? Syukur Alhamdulillah.

Doakan aku semoga semua urusan berjalan lancar, perform bila intern nanti and cita cita nak jadi Chemist termakbul amiin sikit je lagi, chaiyok!

Thank you guys for dropping by. Have a nice day :)
Assalamualaikum. 





Sunday, 29 November 2020

#13 Mood: Throwback

Assalamualaikum world :)



(source: pinterest)

Bila banyak sangat assignment berderet nak kena siapkan, mula la rasa rindu life before covid. Ok takde kaitan but whatever. Rindunya uni-life. Bangun pagi siap-siap apa semua pastu drive gi kelas. Kalau malas drive, kejar bas ngan housemates merangkap classmates. Masuk je kelas, letak beg ajak member gi bakery minum kopi hahhaha rindu nak tegur member-member kos lain kalau terjumpa kat mana mana aaa rindu semua orangg. Pastu tengahhari ramai ramai gi makan kat kafe. Rindunya masakan makteh kafe aaaa rindu lagi. After settle makan, solat apa semua, before next kelas sempat gi bakery lagi sekali kalau rajin. Aku pun taktau apa yang best sangat kat bakery tu kerap nau singgah. 

Pernah sekali nak turun gi bakery sorang sorang after solat (tingkat 4), masa nak masuk lift tu terkejut sampai terundur selangkah kau hahahha sebab dalam tu ada 2 orang hamba allah and one of them ex-crush aku senior batch atas course engineering . fuh detail muahahahahahha excrush ok. crush main main ja masa tu. Dengan penuh rasa malu ya amat aku pun masuk la. Tapi masa tu rasa lega la jugak sebab ada girl lagi sorang so takde la awkward sangat. Aku ngan senior tu kenal je memasing cuma nak tegur tu segan haih. Nak dijadikan cerita, girl tu stop kat tingkat 3 weh ya allah tinggal la berdua aku ngan dia dalam lift tu. Sumpah senyap awkward tahap taktau nak cakap. Memang diam je.Aku dah siap terbayang bunyi gagak dah. 2 tingkat je lagi nak sampai tingkat 1 tapi rasa cam lama gila hshshshsh sampai je tingkat 1, terbukak je lift tu cepat cepat aku keluar tak pandang belakang sebab segan. Ok sekian random story. Kenapa excrush? Sebab rupanya dia dah ada girlfriend so ayuh la berundur. 

Setiap tahun course aku akan buat family day 2 days 1 night where semua batch dari 1st year sampai 4th year akan join. Main game sama sama, barbeque sama sama, jungle tracking, mandi laut. macam macam lah.Family day la paling best sebab kat sini la kau nak kenal sape senior kau sapa junior kau. Bila kenal senior senang la nak minta tolong kan nak tanya pasal test ke pasal intern ke pasal itu ini. And kat sini jugak la tempat nak rapat ngan lecturers hahaha srs talk lecturers course aku semua sporting alhamdulillah. So bila tahun ni takde family day, rasa sedih la jugak. Nanti 4th year dah nak keluar uni, adik adik 1st year yang baru masuk sorang pun tak kenal (kesat air mata).

OK lagi rindu apa lagi, haaa rindu nak pergi outreach buat program dengan adik adik sekolah rendah menengah. Pergi sekolah diorang untuk buat talk and demo tentang science. Ya allah rindu sangat. Rindu nak sama sama brainstorm untuk anjurkan program tentang science. Teringat masa program forensic, peserta diajar how forensic works apa semua and then kami setupkan crime scene and they have to solve jenayah yang ada kat crime scene. Jadi detektif la kiranya. Yang lawak, after setup one of the crime scene, ada sorang akak ni tertinggal file dia kat tempat crime scene tu. So peserta peserta ni ingatkan file tu macam hint la kut. Habis diorang selongkar file tu sampai bersepah. Penuh ngan gambar gmbar BTS hahahahah akak ni army. And ada sorang peserta ni cakap "uyyoo penjenayah ni suka BTS, sebab tu la kut dia bunuh suami dia tak hensem " ya allah kitorang facilittator gelak gelak je. 

Apa lagi eh? banyaknya benda nak story. Rindu nak pegi library layan perasan instead of study lmao study group, nak keluar shopping dengan housemates, keluar makan celebrate everytime settle quiz or test, keluar dengan member member chess club,macam macamlah sumpah rindu. Duk rumah ni best je. Alhamdulillah my family jenis memahami ngan online class ni. TAPI vibe study tu tak sama dengan belajar face to face, study group ngan member. Allahu rindu. Semoga covid19 ni berakhir and semua back to normal AMINN. 

Thankyou for reading everyone . Bye (Assignmentsss melambai) 

Tuesday, 29 September 2020

#12 random story



28/9, 11:30 pm (+-)

Settle night routine terus panjat katil. Ready nak tidur. ok tak, ambil phone dulu. Tengah syok layan socmed main game apa semua tiba-tiba terdengar bunyi baby nangis. Kuat. I was like "budak-budak ni tengok tv kut". Tapi 5 minit lepas tu pun still ada lagi bunyi tu. nonstop. serious. drama apa baby nangis tak berhenti ni. bukak pintu nak keluar bilik tu adik aku suruh pakai tudung, abang J (cousin) datang katanya. Rupanya anak abang j yang nangis tak berhenti tu. Nangis yang bersungguh punya macam nak terkeluar anak tekak. Baru 4 bulan kut tak silap aku. Anak sulung. COMELLL. Abang J kata dah bawak ke klinik, tapi hmmm. Dah bawak berubat jumpa ustaz, berhenti kejap, pastu nangis balik. Nampak la yang dia dah buntu taktau nak buat apa. Kesian. Parents abang J dah takde, apa apa masalah dia banyak share dengan abah. Nak kahwin pun mintak abah yang masuk meminang. Ok sambung balik, i dont know apa yang jadi lepas tu sebab aku masuk dapur minum air dahaga punya pasal, tapi yang pasti baby tu dah berhenti nangis. 

Adik aku kata dah macam ahmad albab. I nak gelak tapi rasa berdosa pulak orang tengah ada masalah kau gi buat lawak eii dia ni jshsjsj pastu umi bukak cerita aku dulu pun pernah macam tu nangis tak berhenti 10 minit masa maghrib . nasib baik sekali tu je alhamdulillah kalau tak kesiannya parents aku nak handle. Sumpah kesian. Tengok abang J dengan isteri dia tadi pun rasa kesian. Semoga Abang J satu family diberikan kesabaran yang tinggi, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki aamiiin. 


btw, baby baby nangis teruk teruk ni memang ada kaitan dengan 'benda' tu eh? 

Ok sekian random story di tengah malam buta setelah sekian lama tak update blog. Good night, Assalamualaikum.


Wednesday, 19 August 2020

#11 Wordless Wednesday : Last Paper Syndrome

 Assalamualaikum



Or last test syndrome (?) One more test spectroscopy esok and im done uwu kdrama cdrama fixi wait for me ya 

Tuesday, 18 August 2020

Chinese Drama : Go Go Squid! (2019)

 Assalamualaikum 

Go Go Squid! (2019) poster

  • Drama: Go Go Squid!
  • Country: China
  • Episodes: 41
  • Aired: Jul 9, 2019 - Jul 31, 2019
    • Duration: 45 min.
    • Content Rating: 13+ - Teens 13 or older
    • Genres: FriendshipBusinessComedyRomanceSchoolYouth

A cute romance between an adorable singer who develops a crush on a guy that she is too scared to approach. He is a genius in the field of computer engineering and a legend in the world of professional gaming. (source: mydramalist)

Entry ni hanya pendapat faz sahaja. And mungkin mengandungi spoiler. Im so sorry but you may leave kalau tak suka :)

0150 and here i am tetiba rasa nak cakap pasal drama ni lol sebab tak lama lagi (2021 = next year; are you sure tak lama?) sequel dia nak keluarr aaaaa DT.Appledog's Time. serious tak sabar. eventho main lead tak sama. Ok back to this drama. My favourite chinese drama ever i swear. i love the hero, heroin, support roles. I LOVE THEM ALL. 

Paling suka of course la hero si han shangyan tu . Handsome and tsundere (lah sangat). O M G hshhshhshsh wujud ke orang macam dia. Drama ni my friend yang recommended kan pastu dia la yang kena tadah telinga dengar aku duk fangirling hahhaha cerita ni kan pasal dunia gaming gitu (lebih kurang). At first tu i was like weh hero ni kerja apa? gamers ke? hackers ke? lost gila tapi lama lama tu baru tau oooo. Ada team sendiri, ada tournaments, ada 'musuh'. memang wow la. unique.

I dont know how to review movie ke drama ke buku ke so maybe i'll share some reasons why i love this drama la kut. 

1) Story Plot

the first one of course la jalan cerita. How they met, how they start the relationship, dunia gaming han shangyan, friendship, obstacles, sweet moments, funny moments, sad moments semua best. taknak cakap lebih lebih kena tengok sendiri

2) Main Lead

All is fair in love and e-sports: 'Go Go Squid!' is a tale of ...

Han Shangyan and Tong Nian's chemistry sumpaaaaaaahhhh superb. Nampak real, tak dibuat buat. Such a great actor (&actress). Cara han shangyan layan tong nian semua tu arghhhhh saje je nak buat orang single jealous hm. They're 10 years apart lebih kurang so parents Tong Nian tak restu relationship ni sebab Han Shangyan quite 'tua' untuk jadi partner anak diorang. Tapi cara Han Shangyan convinced Tong Nian's parents to let him take good care of Tong Nian memang gentle habis. And apa yang aku suka jugak dengan drama ni is heroin (Tong Nian) sangat berdikari and she's cute. Supporter no 1 Han shangyan .

3) Eye Candies

This one i refer to K&K's group. O M G semua good looking. Tengok boss dorang la ehem hanshangyan ehem. 

Go Go Squid!: Tong Nian used professional technology to help solve ...

Selain hero si Han Shangyan tu,this five pun aku suka (semua aku suka hm). From left: One, 97, Wu Bai, Grunt and the cutie, Demo. Smart, playful, (except Wu Bai; paling senyap but sekali bukak mulut hahaha taktau nak cakap). Tapi, bila dah start dengan kerja dorang, fuh serious habis. lagi attractive . pastu how they treated Tong Nian as their 'sister-in-law' tak sah kalau tak gelak bila part dorang. Diorang punya brotherhood sangat kuat. very close. The support they give to each other are very heart-warming. 

Sweet moment memang banyak gila lol i can't handle cringy stuff senang naik bulu roma but this one is acceptable. Cuteeeeeeee. Habis je tengok drama ni, rasa cam susah gila nak move on haih . Conclusionnya, drama ni antara drama yang aku tak kisah nak ulang banyak kali ehek.

Ok done merapu pagi buta. Bye.



Tuesday, 11 August 2020

Giveaway by ejulz & shirven

 Assalamualaikum 



click the banner if you wanna join 

Due date: 15 August 2020






Monday, 10 August 2020

#10 Exhausted

Grief is exhausting. Remember to recharge

Already past week 14 but still have 2 or 3 more assignments yang belum submit. Sebab baru dapat and semua grouping. Submission on week 15 (this week) and week 16 (next week).*sigh* Week 14 pro and week 14 pro max, they said. ha ha ha gelak tak ikhlas. And ada subject yang belum buat quiz and test lagi. Sebab takde final diorang kata that's why assignments kena lebih sikit. Week pun kena la extend. ooooookay. no i'm okay. cuma penat. dah tak larat. cepat la habis semua ni . For me odl is fun tapi jangan lebih lebih :( Dah macam takde life dah ni. okay smile and sambung buat kerja. Bye. 

heyyoooo update.


muncul dah diaaaa baru je story mory tadi special betul quiz test week 14 pro max ni wish me luck


Friday, 7 August 2020

#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

Assalamualaikum 


click the banner to join okayyy! 
Segmen ini akan bermula pada 7 Ogos 2020 (Jumaat)  sehingga 14 Ogos 2020 (Jumaat), Segmen ini dijalankan selama seminggu, Seramai 10 orang perserta yang bertuah untuk bloglist dan 1 orang daripada 10 orang akan memenangi bodymist 250ml victoria secret ini!


menarik kannn?? dah lama tak join giveaway semua ni 

Monday, 8 June 2020

#9 Daily life, Online classes erghh

Assalamualaikum.

Yow im back, again. After one year tak update (and as usual stuck at title erghhhhh).  Dah almost 3 months since mco start march lepas and almost 3 months jugak la aku balik hometown aku ni. and will stay here sampai la universiti bukak balik which is taktahu bila (definitely sampai hujung tahun ehehehehe). So many things happened but im not the type yang suka bercerita or menulis. Buktinya, blog ni terisi setahun sekali je haih. Tapi malam ni mood nak menulis tu datang so here we go. 

Daily Life 

i dont even know how to start heh nothing special i guess. bangun pagi keluar masuk dapur masuk bilik keluar balik tengok tv masuk dapur balik tawaf la satu rumah sampai bosan. benda benda viral kat tiktok apa je aku tak cuba, dalgona, baking, semua buat. abah aku sampai fedup asyik suruh pergi kedai end up beli banyak terus hahahaha and sekarang tengah proses deco bilik ehek tunggu beberapa perabot sampai then settleeee. Takde cat cat tak rajin nak mengecat and deco ni takde la ubah 100 percent pun susun balik perabot kemas kemas sikit pastu hias hias sikit pastu siap. rasa macam nak update entry pasal room makeover ni tapi tengok la kalau rajin.

Online Classes

Usim baru je mula official online classes start 1 June (minggu lepas). actually trial online class dah start dah 3 minggu lepas kut tak silap entah lah dah lupa. tapi trial tu seminggu je la untuk biasakan diri belajar secara online ni so takde la terkejut time 1 june tu. And for me aku suka je online kelas ni sebab masa aku lebih flexible. Bila tak faham, boleh ulang ulang tengok video lecturer banyak sebab dah direcord. Sumpah praktikal. Tak perlu nak bersiap tak perlu pikir pakai baju apa kasut yang mana kelas kat mana. Cuma cons nya bila kelas pagi buta (pukul 8 or 9) mencabar bakhang aku kadang kadang ada jugak tertidur lepas subuh so pernah la sekali terlambat masuk kelas (lupa bagitau umi aku ada kelas pagi uhuk) pastu dikira tak hadir sebab tak isi attendance (attendance tu dr bukak 30 minit pertama kelas je) so redho je la masuk kelas tak isi attendance. Takpelah nak buat macam mana, niat nak belajar bukan nak isi attendance semata GITTEWWW and and and aku bersyukur sebab aku takde masalah untuk belajar online alhamdulillah. apa lagi eh? oh yaa aku bersyukur jugak sebab lecturers kos aku sangaaaaaaat la caring baik penyayang pemurah memahami semua yang baik baik la senang cerita. kerja jalan tapi tak membebankan. tak menghukum. suporting sangat. Serious cakap aku tak menyesal pilih course ni, Bachelor in Industrial Chemical Technology kat usim ni. 

Drama

weekend ni dah habis satu chinese drama ya allah teruk betul.post week 5 hahahaha A Love So Beautiful. of course ramai dah tengok cerita 2017 kut. aku memang ketinggalan sikit. orang dah tengok bertahun aku baru tengok. ya allah cringe amat cerita tuuuuu tapi i can stand lagi laa sebab hero hensem heroin comel jalan cerita pun menarik. Baru habis cerita ni member dah suggest cerita lain haih. Go Go Squid pulak. tapi tu tengok weekend minggu depan pulak. post week 6. pehh macam relax betul weekend padahal assignment menggunung. jangan tiru pls gais. patutnya weekend la ada masa study lebih sikit apa yang tak faham. maafkan saya.

Youtube

Ni antara bestfriend aku sejak cuti mco ni selain twitter and game. Ig jarang bukak. Ws pun sama sebab takde sapa nak ajak sembang (sendu). Ok tak, aku yang tak suka reply. maafkan saya 2.0. Apa je tak tengok kat youtube ni. yang elok la yang tak elok tu nauzubillah mintak dijauhkan. Lately ni banyak tengok video video yang pesen reaction tu especially pasal covid ni. majoriti reaction puji malaysia dalam menangani pandemic covid19 ni alhamdulillah rasa bangga la jugak bila negara luar tengok 'kejayaan'kita, betapa bagusnya rakyat malaysia gitteww And aku harap sangat kita teruskan #stayathome #kitajagakita ni sampai semua ni berakhir insyaallah may allah ease.

rasanya tu jela kut entry aku kali ni. panjang ke tak panjang? hahahaha undur diri dulu, bye.

Assalamualaikum.

Sunday, 7 July 2019

#8 Random Memory : Chess team

Assalamualaikum everyone .

Oh my god, it's been a year i didnt update this blog wow really wow hahaha by the way aku tulis entry ni pakai handphone je sebab tetiba datang mood nak merapu dalam blog ni lepas setahun biarkan dia tergantung sepi. ok cam biasa dulu kini dan selamanya im always stuck at making title for every entry tho adehhh apa apa je lah. 

Alhamdulillah im done with my 2nd semester yeayyy (awalnya happy remember pls you ada 6 semester left tau . baru done first year, ada 3 tahun lagi jangan nak happy sangat) . yes baru done first year . Give me a big clap plsss wuu thank you thank you  setakat ni aku puas hati dengan prestasi diri sendiri sejak masuk degree even tak aktif macam  masa asasi (tamhidi 17/18) dulu sebab makin sibuk (lah sangat) hahahah. Asasi dulu tak ada la aktif mana pun acah je . Wakil universiti untuk sukan asasi dalam chess competition and guess what we got 2nd place sumpah tak expect . Tak expect jadi wakil uni satu hal, dapat no 2 pulak tu omaigod . srs tak expect . Guru pengiring kitorang, miss Laila pun memang tak letak harapan tinggi . Yang kelakarnya, masa nak otw ke Ukm (competition tu buat kat permata pintar, ukm) miss siap cakap kalau habis awal boleh kita balik awal lol hahahahhaa tak salah kan miss pun sebab usim tak pernah dapat pingat pun sebelum ni but i trusted my team tho . and i believe in myself . Walau macam mana pun aku kena dapat pingat . Alang-alang dah dapat setinggi ni, wakil universiti kut jarang orang dapat peluang macam ni, aku kena grab peluang ni main betul betul . (aku jenis competitive sikit). 8 round , aku menang 7 kalah 1 . Ok la tu kan hahahahhahhaah .

Ok next, lepas dah habis sukan asasi, kitorng jadi wakil tamhidi untuk sukan fakulti pulak . And Alhamdulillah we got 3rd place . Bayangkan eh kitorang paling muda , paling adik la lawan dengan akak abang degree , dapat pulak no 3 omaigod sumpah tak expect dan bangga . lagi best bila miss laila datang to cheer us up . Sayang miss Laila. Miss Laila belanja kitorang makan kat Semangkuk. Ni makin sayang ni hahahahaha . Ni la memori paaaaaling best time tamhidi dulu , masuk chess team .

Sumpah aku sayang team aku. I love you gang.  Sampai sekaramg kitorang still keep in touch even lain lain fakulti. Yup,  kitorang berempat lain-lain fakulti . Dua orang fakulti syariah undang-undang, Sorang fakulti Ekonomi dan Muamalat and aku fakulti Sains dan Teknologi.  Aku tak sangka dapat best friend lain fakulti ni hahahaha ye lahh susah sebenarnya nak buat kawan dengan budak fakulti lain melainkan kau memang kawan dari sekolah sebab fakulti taksama lepastu setiap fakulti jauh-jauh lepastu dengan busynya memang susah nak jumpa even kalau fakulti sama tapi kos lain pun susah nak jumpa sebab jadual tak sama tapi alhamdulillah Allah kenalkan aku dengan diorang melalui chess 

Ok done with tamhidi . Banyak je memori time tamhidi , dengan kawan-kawan kelas yang gila-gila, kawan-kawan kuliah, lectures, housmate paruna A27.  Banyak sumpah banyak tak tercerita sebab banyak sangat . 

Bila dah masuk degree ni , aku join je chess team untuk FST . Alhamdulillah untuk individual rank aku puas hati dengan diri sendiri tapi untuk fst tak hahaha sebab tak dapat nombor . sumpah frust huhu salah aku jugak sebenarnya aku ada peluang menang last round tu tapi aku iyakan je bila opponent minta seri . Aku pentingkan diri , aku fikir kalau seri atleast aku top 10 padahal aku ada peluang untuk menang and make my team win aaaaaa sumpah menyesal sampai sekarang pun bila fikir balik ya allah menyesalnya serba salahnya tapi nak buat macam mana benda dah lepas . Alhamdulillah based on my rank tu aku dapat jadi candidate untuk join masum 2019 tapi aku undur diri sebab tak dapat bagi komitmen. Latihannya clash dengan banyak benda . Rugi memang rugi tapi takpelah lain tahun boleh cuba lagikan, doakan aku . Masuk Masum one of my dream hahahahha sape taknak wehhh. 
Btw thanks Allah aku kenal ramai senior and kawan yang baik² dari pelbagai kos bila join chess ni. Siapa tak suka kan bila dapat kawan baru . Memang la mula-mula jumpa tu competitive teruk ye la nak jadi wakil fakulti kut tapi bila dah jadi satu team ni waaaaaa sayang sangat-sangat. among girls la boys aku tak kenal sangat tak ambik peduli pun . 

Gais doakan aku ehh banyak benda aku nak cuba di masa akan datang . Doakan aku dapat survive dalam kos yang aku ambik ni, Teknologi Kimia Industri . Banyak benda lagi yang aku kena belajar . Tolong doakan ye . Terima kasih . 

Degree life? Lain entry aku cerita okai. Bye, assalamualaikum .  

Xoxo,
FaZ

Wednesday, 25 July 2018

Segmen bloglist Aug & Sept by zzzyy.blogspot.com

Assalamualaikum 


Jom join ramai-ramai !! 

Thursday, 19 July 2018

#7 Missing you

Assalamualaikum     

   

    Hallu yalls. Pa khabar?? Baru je baca status ws member ckp dia baru je update blog terus teringat "hallu kau pun ada blog berhabuk bersawang semua ber lah tak reti nak update ke" maka here i am memerah otak nak update pasal apa ni hmm rindunya nak menulis rindunya nak bercerita even takde orang nak baca sekalipun rindunya nak luah segala benda even benda tu tak penting pun rindunya nak bergiveaway rindunya RINDUNYAAAAAA!!!  banyak aje benda nak cerita tapi masa tadak ok masa ada je sebenarnya dah la tengh cuti panjang sekarang ni maklumlah iols baru habis tamhidi aka asasi (baru ke? 👀) tunggu masuk degree je ni tapi tu lahh hmm k dah taktahu nak salahkan sape dah hehehe salah sendiri la kan dasar pemalas tapi sumpah rindunya nak menulis banyaknya nak cerita tapi bila nak start menulis je terus blank aku nak cerita pasal apa ni 😌 baru je lepas tgk balik entry² zaman dulu² ya allah noob gila aku dulu rupanya book tulis b00k waaa malunya aku ke yng tulis tu malunyaaaa 🙈🙈 nak delete sayang nal biarkan takut ada yang rajin mencari (ada ke dah la tu perasan)  takpelah lain kali je la aku update pasal life pe semua entry kali ni nak merepek je dulu oklah yalls iols minta diri tidur dulu la update blog pukul 1 pagi ni haa rindu punya pasal kan (tangan atas bahu mata atas alaa cam tak biasa buat pulak)  

Ohh btw link blog ni baru je ditukar .  Sbb ? Emm sbb owner blog ni cuba nak jadi misteri kononnya taknak sape tahu sape owner blog ni acah kan ? Tah pape tah sebenarnya taknak orang yang kenal aku tahu aku ada blog malu ahh cukup la korng baca cerita² aku je lagi best camtu kankan ? Tapi ada ke yang baca wahh perasannya saya annyeong
#nl : CNBLUE - Love Girl

Faz 💋

Monday, 30 April 2018

Giveaway Saya Nak Menang Buku Terbaru Teme

Assalamualaikum . Holla !


(TEKAN BANNER UNTUK JOIN)

Bismillahirrahmanirrahim .

    Sebab aku one of @itsteme 's fans yang tgh bersedih so aku join giveaway ni. Ya allah sumpah kecewa sangat sebab tak dapat pergi pbakl tak dapat jumpa teme Allah je yang tahu :') Korang fahamkan perasaan bila tengok fans lain dpt jumpa face to face (even teme tutup muka) , dpt buku yang ada tanda tangan dia hmm

    Ok ok taknak cakap banyak . Sape lagi yang rasa nasib dia sama moh la join . Syarat dia senang ya amat srsly . Ada rezeki dapat la buku ni berserah je la pada allah swt . ok ? 


Monday, 8 January 2018

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ

Assalamualaikum


Due date :31 Januari 2018


Jim's Birthday Giveaway

Assalamualaikum


Due date : 18 Januari 2018

Monday, 20 March 2017

#6 Buntu

Assalamualaikum .

   Pejam celik pejam celik, subhanallah, dah bulan 3 dah pun . 2 bulan lebih tak update blog nie and macam-macam benda dah jadi . Alhamdulillah, result SPM pun dah dapat, GOT7 pun dah buat comeback (eh?) and school holiday pun dah start . And i'm here mereput tak tahu nak buat apa.

Result SPM ? Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah . Tak tahu nak cakap apa. Berapa tu tak perlu lha kut nak kasi tau tapi alhamdulillah syukur sangat-sangat . kalau nak ikutkan, tak pernah expect pun dapat banyak tu sbb setiap kali exam mesti result kelaut HAHA aku bukan kaki study pun . Kaki main baru betul .

Tak tahu nak cakap apa sebenarnya . sebab lama sangat tak update so rasa macam kena jugak buat satu entry . tak kisah lha ada yang baca ke tak janji aku puas hati .

Sejak result dah keluar nie, ramai yang buat karnival untuk lepasan spm . Karnival pendidikan tinggi negara, karnival Mara, karnival kat Uitm Machang, karnival kat PPD Bachok (semua ni kat kelantan) and banyak lha kut entah lah . setakat ni aku baru pergi yang dua first tu .

Alhamdulillah, banyak gak lha dapat info pasal uni apa semua tu . Tapi yang jadi masalahnya, aku tak tahu nk jadi apa . Sadlife betul . Aku tak tahu nak ambik course apa, nk apply uni mana . So bila nk isi upu je mesti stuck dekat tempat course n uni . Stress gila rasa . Cuma yang aku konfem sangat-sangat aku TAKNAK ambik medic . Aku tak dilahirkan untuk minat bio i guess.

Hari tu, sekolah aku buat seminar hala tuju apa entah . motivator tu kata , make sure ada cita-cita, pilih kerjaya yang kita betul-betul nak jadi, baru pilih course . Masalahnya, aku tak tahu nk jadi apa. Rasa kelam sangat sekarang nie .

Bila check syarat kelayakan, Alhamdulillah aku layak kalau nak ambk asasi kejuruteraan and aku pun minat math fizik chemy . Tapi aku still kelam lagi pasal bidang nie . kena buat research lebih nampak gaya ni . Sains mathematic pun rasa macam best sebab aku memang minat math tapi - (Allahu, macam mana nak berjaya macam ni banyak sangat tapi.)

Sekarang ni aku sambung buat STAM kat sekolah tapi in the same time cuba nasib isi upu . kalau lah dapat tawaran masuk u, insyaallah aku pergi . Sape taknak masuk u kan? Tapi kalaulah takde , aku ok je ambik stam . mana-mana pun ada kelebihan kan? Allah yuftah 'alaina Insyaalah :)

Sumpah kalau ikut hati rasa macam nak pekik kuat-kuat . Aku nak kena buat apa sekarang nie sebenarnya? Ya allah, tambah lagi aku anak sulung, faham-faham je lha . nak cari orang untuk jadi rujukan pasal masa depan apa semua . tapi alhamdulillah allah  hadirkan aku family , sahabat sepupusepapat yang selalu bagi support , tolong aku bila aku mental break macam sekarang nie hahaha and yang paling penting Allah ada dengan aku . Yes, that's the most important to me .

Kadang-kadang terpikir jugak, aku seorang je ke manusia yang takde hala tuju cita-cita apa semua tu? hahahaha Istikharah guys istikharah insyaallah apa yang allah tetapkan untuk kita, tu yang terbaik , kan? Doakan aku dapat buat decision terbaik untuk masa depan aku ok.

ok guys, annyeong . i'll update again soon .

Tuesday, 20 December 2016

Giveaway by Pulsera MY

Assalamualaikum wbt .

( Klik banner untuk join )

TARIKH: 12 DISEMBER 2016 - 16 JANUARI 2017

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*