Monday, 22 July 2013

Couple itu HARAM !

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalamualaikum, 
Salam Ramadhan,


   Semalam dekat sekolah, masa aku tengah ralit baca buku, tiba-tiba kawan sebelah tanya aku, "Weyh Fatini, awok nok beli dop buku nie? Badati yang jual". Kawan aku tu ahli BADATI (Badan Dakwah Tarbiah Islamiyah).Aku pun ambil lha buku. Belek punya belek, aku pun beli lha. Lagipun, cover buku tu menarik sangat. hehe. Tak ada lha mahal sangat, dalam RM3.50 je !.

  Alang-alang  cikgu tak masuk, aku pun baca lha buku tue. Macam-macam ada dalam buku tu. Salah satunya, artikel tentang COUPLE nie. So, sempena bulan Ramadhan nie, aku nak share lha dengan korang yang comel dan handsome nie.
Tapi sebelum tu, aku harap korang tak marah aku lha sebab buat entry pasal nie. Aku tahu ramai yang sensitif tentang couple nie. So, aku nak minta maaf sangat-sangat. BTW, entry nie panjang berjela. Hope korang tak bosan untuk membaca. Enjoy !!

   Aku nak tanya, siapa kat sini pernah couple? sedang couple? Tak perlu jawab dekat komen, just jawab dekat diri sendiri. Sejak bila korang couple? 13 tahun? 14? 15? 16? atau 17? Ok, katakanlah anda mula couple umur 14 tahun .. maksudnya sedang dilamun cinta lha konon-kononnya... berjanji untuk sehidup semati... Walau apa badai melanda.. malah berjanji untuk berkahwin. Bertekad untuk mengakhiri cinta di jinjang pelamin..Cuma tarikhnya belum dirancang...

  Hrmmm,, agak-agak umur berapa nak kahwin? 18? 19? 20? 21? 22? 23? Katakanlah pelajaran diutamakan, dan setelah ambil kira semua faktor, paling awal pun 18 tahun baru kahwin.

  Ok, start couple umur 14 tahun then kahwin masa umur 18 tahun.. So, kawan-kawan yang bijaksana, berapa lama korang couple?  Haa,, pandai pun,, 4 tahun !hrmm, lama ugak tu..

     1 tahun = 365 hari = 8,760 jam = 525,600 minit = 31.53,000 saat (Wow!!)
4 tahun  = 1,460 hari = 35,040 jam = 2,102,400 minit = 126,144,000 saat (Wowwwww!!)
  Mungkin bagi pasangan yang bercinta, jangka masa nie sekejap jer. Tapi cuba bayangkan, dalam waktu tu, macam-macam boleh berlaku. Korang yakin ke boleh menjaga batas-batas pergaulan ? Ok, jom kita check !

  Sila tandakan mana anggota korang yang terselamat semasa bercouple tu :-

  mata         : tak pernah memandang dia tanpa perasaan bernafsu.
  telinga       : tak pernah mendengar suara si dia yang sengaja dilunakkan
  lidah         : tak pernah melunakkan / memanjakan suara penuh berahi (live/dalam telefon)
  hidung      : tak pernah hidu wangi-wangian yang menaikkan nafsu
  tangan      : tak pernah sekalipun bersentuhan dengan si dia secara sengaja/ meraba-raba
  kaki         : tak pernah berjalan berdua-duaan/ berjalan menuju ke tempat yang tak                                     sepatutnya
  hati          : tak pernah terbayang si dia ( hati yang menaruh niat untuk berzina , menikmati                           hubungan persetubuhan luar nikah)
  kemaluan : tak pernah berzina (paling kurang pun zina tangan)

  So, anggota mana yang terselamat? Jujur ok. Kalau dah hari-hari berSMS, berchatting,berdating, berWEBCAM, macam-macam boleh berlaku ! Memang lha belum sampai tahap berzina tapi kena ingat, berzina juga ada banyak peringkatnya :

  Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam :

Maksudnya : ( Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan dan mendustakannya)
Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Imam Baihaqi dalam Shu'ab Iman.

  Lelaki. Kalau dah kenal takkan taknak jumpa. Jumpa kalau tak pegang tangan macam tak kena. Dah pegang tangan ,nak sandar kepala. Kepala dah lentok, nak cium pipi pula. Alang-alang cium pipi, rugi sup lidah kalau tak dirasa. Tangan takkan tengok saja? Bila bagi betis, dimintanya lutut dan paha. Mata yang terbuka tertutup manja. Tempat yang tertutup terbuka akhirnya. Kawasan larangan diteroka. Kucing mana nak tolak ikan depan mata? - p/s : tak semua lelaki macam nie :)

  " Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan hadir sebagai orang ketiga," (Hadis riwayat Ahmad)

  Jadi kalau rasa nak couple tapi belum bersedia untuk menikah atau dinikahi, jangan cuba-cuba untuk mulakannya. Biarlah semua kawan yang lain asyik tayang BF dan GF masing-masing, janganlah terpengaruh, sebaliknya kuatkanlah hati...

  Allah SWT berfirman : " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)

  Allah SWT berfirman : " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik." (Surah An-Nur : 26)

Yakinlah, bila tiba waktunya nanti, kita akan dipertemukan dengan pasangan yang lebih baik ...  Hope korang dapat terima dengan hati yang terbuka. Ingat, orang yang beriman adalah orang yang dapat menerima nasihat dengan hati yang terbuka^.^ 
Oklah itu sahaja untuk harini. Wallahualam. Assalamualaikum. xoxo. 

1 comment:

  1. nice sharing. Semua dah besar panjang kan, pandai-II la bezakan yang mana baik dan yg mana buruk. :)

    ReplyDelete