Monday 8 June 2020

#9 Daily life, Online classes erghh

Assalamualaikum.

Yow im back, again. After one year tak update (and as usual stuck at title erghhhhh).  Dah almost 3 months since mco start march lepas and almost 3 months jugak la aku balik hometown aku ni. and will stay here sampai la universiti bukak balik which is taktahu bila (definitely sampai hujung tahun ehehehehe). So many things happened but im not the type yang suka bercerita or menulis. Buktinya, blog ni terisi setahun sekali je haih. Tapi malam ni mood nak menulis tu datang so here we go. 

Daily Life 

i dont even know how to start heh nothing special i guess. bangun pagi keluar masuk dapur masuk bilik keluar balik tengok tv masuk dapur balik tawaf la satu rumah sampai bosan. benda benda viral kat tiktok apa je aku tak cuba, dalgona, baking, semua buat. abah aku sampai fedup asyik suruh pergi kedai end up beli banyak terus hahahaha and sekarang tengah proses deco bilik ehek tunggu beberapa perabot sampai then settleeee. Takde cat cat tak rajin nak mengecat and deco ni takde la ubah 100 percent pun susun balik perabot kemas kemas sikit pastu hias hias sikit pastu siap. rasa macam nak update entry pasal room makeover ni tapi tengok la kalau rajin.

Online Classes

Usim baru je mula official online classes start 1 June (minggu lepas). actually trial online class dah start dah 3 minggu lepas kut tak silap entah lah dah lupa. tapi trial tu seminggu je la untuk biasakan diri belajar secara online ni so takde la terkejut time 1 june tu. And for me aku suka je online kelas ni sebab masa aku lebih flexible. Bila tak faham, boleh ulang ulang tengok video lecturer banyak sebab dah direcord. Sumpah praktikal. Tak perlu nak bersiap tak perlu pikir pakai baju apa kasut yang mana kelas kat mana. Cuma cons nya bila kelas pagi buta (pukul 8 or 9) mencabar bakhang aku kadang kadang ada jugak tertidur lepas subuh so pernah la sekali terlambat masuk kelas (lupa bagitau umi aku ada kelas pagi uhuk) pastu dikira tak hadir sebab tak isi attendance (attendance tu dr bukak 30 minit pertama kelas je) so redho je la masuk kelas tak isi attendance. Takpelah nak buat macam mana, niat nak belajar bukan nak isi attendance semata GITTEWWW and and and aku bersyukur sebab aku takde masalah untuk belajar online alhamdulillah. apa lagi eh? oh yaa aku bersyukur jugak sebab lecturers kos aku sangaaaaaaat la caring baik penyayang pemurah memahami semua yang baik baik la senang cerita. kerja jalan tapi tak membebankan. tak menghukum. suporting sangat. Serious cakap aku tak menyesal pilih course ni, Bachelor in Industrial Chemical Technology kat usim ni. 

Drama

weekend ni dah habis satu chinese drama ya allah teruk betul.post week 5 hahahaha A Love So Beautiful. of course ramai dah tengok cerita 2017 kut. aku memang ketinggalan sikit. orang dah tengok bertahun aku baru tengok. ya allah cringe amat cerita tuuuuu tapi i can stand lagi laa sebab hero hensem heroin comel jalan cerita pun menarik. Baru habis cerita ni member dah suggest cerita lain haih. Go Go Squid pulak. tapi tu tengok weekend minggu depan pulak. post week 6. pehh macam relax betul weekend padahal assignment menggunung. jangan tiru pls gais. patutnya weekend la ada masa study lebih sikit apa yang tak faham. maafkan saya.

Youtube

Ni antara bestfriend aku sejak cuti mco ni selain twitter and game. Ig jarang bukak. Ws pun sama sebab takde sapa nak ajak sembang (sendu). Ok tak, aku yang tak suka reply. maafkan saya 2.0. Apa je tak tengok kat youtube ni. yang elok la yang tak elok tu nauzubillah mintak dijauhkan. Lately ni banyak tengok video video yang pesen reaction tu especially pasal covid ni. majoriti reaction puji malaysia dalam menangani pandemic covid19 ni alhamdulillah rasa bangga la jugak bila negara luar tengok 'kejayaan'kita, betapa bagusnya rakyat malaysia gitteww And aku harap sangat kita teruskan #stayathome #kitajagakita ni sampai semua ni berakhir insyaallah may allah ease.

rasanya tu jela kut entry aku kali ni. panjang ke tak panjang? hahahaha undur diri dulu, bye.

Assalamualaikum.