Sunday 29 November 2020

#13 Mood: Throwback

Assalamualaikum world :)



(source: pinterest)

Bila banyak sangat assignment berderet nak kena siapkan, mula la rasa rindu life before covid. Ok takde kaitan but whatever. Rindunya uni-life. Bangun pagi siap-siap apa semua pastu drive gi kelas. Kalau malas drive, kejar bas ngan housemates merangkap classmates. Masuk je kelas, letak beg ajak member gi bakery minum kopi hahhaha rindu nak tegur member-member kos lain kalau terjumpa kat mana mana aaa rindu semua orangg. Pastu tengahhari ramai ramai gi makan kat kafe. Rindunya masakan makteh kafe aaaa rindu lagi. After settle makan, solat apa semua, before next kelas sempat gi bakery lagi sekali kalau rajin. Aku pun taktau apa yang best sangat kat bakery tu kerap nau singgah. 

Pernah sekali nak turun gi bakery sorang sorang after solat (tingkat 4), masa nak masuk lift tu terkejut sampai terundur selangkah kau hahahha sebab dalam tu ada 2 orang hamba allah and one of them ex-crush aku senior batch atas course engineering . fuh detail muahahahahahha excrush ok. crush main main ja masa tu. Dengan penuh rasa malu ya amat aku pun masuk la. Tapi masa tu rasa lega la jugak sebab ada girl lagi sorang so takde la awkward sangat. Aku ngan senior tu kenal je memasing cuma nak tegur tu segan haih. Nak dijadikan cerita, girl tu stop kat tingkat 3 weh ya allah tinggal la berdua aku ngan dia dalam lift tu. Sumpah senyap awkward tahap taktau nak cakap. Memang diam je.Aku dah siap terbayang bunyi gagak dah. 2 tingkat je lagi nak sampai tingkat 1 tapi rasa cam lama gila hshshshsh sampai je tingkat 1, terbukak je lift tu cepat cepat aku keluar tak pandang belakang sebab segan. Ok sekian random story. Kenapa excrush? Sebab rupanya dia dah ada girlfriend so ayuh la berundur. 

Setiap tahun course aku akan buat family day 2 days 1 night where semua batch dari 1st year sampai 4th year akan join. Main game sama sama, barbeque sama sama, jungle tracking, mandi laut. macam macam lah.Family day la paling best sebab kat sini la kau nak kenal sape senior kau sapa junior kau. Bila kenal senior senang la nak minta tolong kan nak tanya pasal test ke pasal intern ke pasal itu ini. And kat sini jugak la tempat nak rapat ngan lecturers hahaha srs talk lecturers course aku semua sporting alhamdulillah. So bila tahun ni takde family day, rasa sedih la jugak. Nanti 4th year dah nak keluar uni, adik adik 1st year yang baru masuk sorang pun tak kenal (kesat air mata).

OK lagi rindu apa lagi, haaa rindu nak pergi outreach buat program dengan adik adik sekolah rendah menengah. Pergi sekolah diorang untuk buat talk and demo tentang science. Ya allah rindu sangat. Rindu nak sama sama brainstorm untuk anjurkan program tentang science. Teringat masa program forensic, peserta diajar how forensic works apa semua and then kami setupkan crime scene and they have to solve jenayah yang ada kat crime scene. Jadi detektif la kiranya. Yang lawak, after setup one of the crime scene, ada sorang akak ni tertinggal file dia kat tempat crime scene tu. So peserta peserta ni ingatkan file tu macam hint la kut. Habis diorang selongkar file tu sampai bersepah. Penuh ngan gambar gmbar BTS hahahahah akak ni army. And ada sorang peserta ni cakap "uyyoo penjenayah ni suka BTS, sebab tu la kut dia bunuh suami dia tak hensem " ya allah kitorang facilittator gelak gelak je. 

Apa lagi eh? banyaknya benda nak story. Rindu nak pegi library layan perasan instead of study lmao study group, nak keluar shopping dengan housemates, keluar makan celebrate everytime settle quiz or test, keluar dengan member member chess club,macam macamlah sumpah rindu. Duk rumah ni best je. Alhamdulillah my family jenis memahami ngan online class ni. TAPI vibe study tu tak sama dengan belajar face to face, study group ngan member. Allahu rindu. Semoga covid19 ni berakhir and semua back to normal AMINN. 

Thankyou for reading everyone . Bye (Assignmentsss melambai) 

Tuesday 29 September 2020

#12 random story



28/9, 11:30 pm (+-)

Settle night routine terus panjat katil. Ready nak tidur. ok tak, ambil phone dulu. Tengah syok layan socmed main game apa semua tiba-tiba terdengar bunyi baby nangis. Kuat. I was like "budak-budak ni tengok tv kut". Tapi 5 minit lepas tu pun still ada lagi bunyi tu. nonstop. serious. drama apa baby nangis tak berhenti ni. bukak pintu nak keluar bilik tu adik aku suruh pakai tudung, abang J (cousin) datang katanya. Rupanya anak abang j yang nangis tak berhenti tu. Nangis yang bersungguh punya macam nak terkeluar anak tekak. Baru 4 bulan kut tak silap aku. Anak sulung. COMELLL. Abang J kata dah bawak ke klinik, tapi hmmm. Dah bawak berubat jumpa ustaz, berhenti kejap, pastu nangis balik. Nampak la yang dia dah buntu taktau nak buat apa. Kesian. Parents abang J dah takde, apa apa masalah dia banyak share dengan abah. Nak kahwin pun mintak abah yang masuk meminang. Ok sambung balik, i dont know apa yang jadi lepas tu sebab aku masuk dapur minum air dahaga punya pasal, tapi yang pasti baby tu dah berhenti nangis. 

Adik aku kata dah macam ahmad albab. I nak gelak tapi rasa berdosa pulak orang tengah ada masalah kau gi buat lawak eii dia ni jshsjsj pastu umi bukak cerita aku dulu pun pernah macam tu nangis tak berhenti 10 minit masa maghrib . nasib baik sekali tu je alhamdulillah kalau tak kesiannya parents aku nak handle. Sumpah kesian. Tengok abang J dengan isteri dia tadi pun rasa kesian. Semoga Abang J satu family diberikan kesabaran yang tinggi, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki aamiiin. 


btw, baby baby nangis teruk teruk ni memang ada kaitan dengan 'benda' tu eh? 

Ok sekian random story di tengah malam buta setelah sekian lama tak update blog. Good night, Assalamualaikum.


Wednesday 19 August 2020

#11 Wordless Wednesday : Last Paper Syndrome

 Assalamualaikum



Or last test syndrome (?) One more test spectroscopy esok and im done uwu kdrama cdrama fixi wait for me ya 

Tuesday 18 August 2020

Chinese Drama : Go Go Squid! (2019)

 Assalamualaikum 

Go Go Squid! (2019) poster

  • Drama: Go Go Squid!
  • Country: China
  • Episodes: 41
  • Aired: Jul 9, 2019 - Jul 31, 2019
    • Duration: 45 min.
    • Content Rating: 13+ - Teens 13 or older
    • Genres: FriendshipBusinessComedyRomanceSchoolYouth

A cute romance between an adorable singer who develops a crush on a guy that she is too scared to approach. He is a genius in the field of computer engineering and a legend in the world of professional gaming. (source: mydramalist)

Entry ni hanya pendapat faz sahaja. And mungkin mengandungi spoiler. Im so sorry but you may leave kalau tak suka :)

0150 and here i am tetiba rasa nak cakap pasal drama ni lol sebab tak lama lagi (2021 = next year; are you sure tak lama?) sequel dia nak keluarr aaaaa DT.Appledog's Time. serious tak sabar. eventho main lead tak sama. Ok back to this drama. My favourite chinese drama ever i swear. i love the hero, heroin, support roles. I LOVE THEM ALL. 

Paling suka of course la hero si han shangyan tu . Handsome and tsundere (lah sangat). O M G hshhshhshsh wujud ke orang macam dia. Drama ni my friend yang recommended kan pastu dia la yang kena tadah telinga dengar aku duk fangirling hahhaha cerita ni kan pasal dunia gaming gitu (lebih kurang). At first tu i was like weh hero ni kerja apa? gamers ke? hackers ke? lost gila tapi lama lama tu baru tau oooo. Ada team sendiri, ada tournaments, ada 'musuh'. memang wow la. unique.

I dont know how to review movie ke drama ke buku ke so maybe i'll share some reasons why i love this drama la kut. 

1) Story Plot

the first one of course la jalan cerita. How they met, how they start the relationship, dunia gaming han shangyan, friendship, obstacles, sweet moments, funny moments, sad moments semua best. taknak cakap lebih lebih kena tengok sendiri

2) Main Lead

All is fair in love and e-sports: 'Go Go Squid!' is a tale of ...

Han Shangyan and Tong Nian's chemistry sumpaaaaaaahhhh superb. Nampak real, tak dibuat buat. Such a great actor (&actress). Cara han shangyan layan tong nian semua tu arghhhhh saje je nak buat orang single jealous hm. They're 10 years apart lebih kurang so parents Tong Nian tak restu relationship ni sebab Han Shangyan quite 'tua' untuk jadi partner anak diorang. Tapi cara Han Shangyan convinced Tong Nian's parents to let him take good care of Tong Nian memang gentle habis. And apa yang aku suka jugak dengan drama ni is heroin (Tong Nian) sangat berdikari and she's cute. Supporter no 1 Han shangyan .

3) Eye Candies

This one i refer to K&K's group. O M G semua good looking. Tengok boss dorang la ehem hanshangyan ehem. 

Go Go Squid!: Tong Nian used professional technology to help solve ...

Selain hero si Han Shangyan tu,this five pun aku suka (semua aku suka hm). From left: One, 97, Wu Bai, Grunt and the cutie, Demo. Smart, playful, (except Wu Bai; paling senyap but sekali bukak mulut hahaha taktau nak cakap). Tapi, bila dah start dengan kerja dorang, fuh serious habis. lagi attractive . pastu how they treated Tong Nian as their 'sister-in-law' tak sah kalau tak gelak bila part dorang. Diorang punya brotherhood sangat kuat. very close. The support they give to each other are very heart-warming. 

Sweet moment memang banyak gila lol i can't handle cringy stuff senang naik bulu roma but this one is acceptable. Cuteeeeeeee. Habis je tengok drama ni, rasa cam susah gila nak move on haih . Conclusionnya, drama ni antara drama yang aku tak kisah nak ulang banyak kali ehek.

Ok done merapu pagi buta. Bye.



Tuesday 11 August 2020

Giveaway by ejulz & shirven

 Assalamualaikum 



click the banner if you wanna join 

Due date: 15 August 2020






Monday 10 August 2020

#10 Exhausted

Grief is exhausting. Remember to recharge

Already past week 14 but still have 2 or 3 more assignments yang belum submit. Sebab baru dapat and semua grouping. Submission on week 15 (this week) and week 16 (next week).*sigh* Week 14 pro and week 14 pro max, they said. ha ha ha gelak tak ikhlas. And ada subject yang belum buat quiz and test lagi. Sebab takde final diorang kata that's why assignments kena lebih sikit. Week pun kena la extend. ooooookay. no i'm okay. cuma penat. dah tak larat. cepat la habis semua ni . For me odl is fun tapi jangan lebih lebih :( Dah macam takde life dah ni. okay smile and sambung buat kerja. Bye. 

heyyoooo update.


muncul dah diaaaa baru je story mory tadi special betul quiz test week 14 pro max ni wish me luck


Friday 7 August 2020

#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

Assalamualaikum 


click the banner to join okayyy! 
Segmen ini akan bermula pada 7 Ogos 2020 (Jumaat)  sehingga 14 Ogos 2020 (Jumaat), Segmen ini dijalankan selama seminggu, Seramai 10 orang perserta yang bertuah untuk bloglist dan 1 orang daripada 10 orang akan memenangi bodymist 250ml victoria secret ini!


menarik kannn?? dah lama tak join giveaway semua ni 

Monday 8 June 2020

#9 Daily life, Online classes erghh

Assalamualaikum.

Yow im back, again. After one year tak update (and as usual stuck at title erghhhhh).  Dah almost 3 months since mco start march lepas and almost 3 months jugak la aku balik hometown aku ni. and will stay here sampai la universiti bukak balik which is taktahu bila (definitely sampai hujung tahun ehehehehe). So many things happened but im not the type yang suka bercerita or menulis. Buktinya, blog ni terisi setahun sekali je haih. Tapi malam ni mood nak menulis tu datang so here we go. 

Daily Life 

i dont even know how to start heh nothing special i guess. bangun pagi keluar masuk dapur masuk bilik keluar balik tengok tv masuk dapur balik tawaf la satu rumah sampai bosan. benda benda viral kat tiktok apa je aku tak cuba, dalgona, baking, semua buat. abah aku sampai fedup asyik suruh pergi kedai end up beli banyak terus hahahaha and sekarang tengah proses deco bilik ehek tunggu beberapa perabot sampai then settleeee. Takde cat cat tak rajin nak mengecat and deco ni takde la ubah 100 percent pun susun balik perabot kemas kemas sikit pastu hias hias sikit pastu siap. rasa macam nak update entry pasal room makeover ni tapi tengok la kalau rajin.

Online Classes

Usim baru je mula official online classes start 1 June (minggu lepas). actually trial online class dah start dah 3 minggu lepas kut tak silap entah lah dah lupa. tapi trial tu seminggu je la untuk biasakan diri belajar secara online ni so takde la terkejut time 1 june tu. And for me aku suka je online kelas ni sebab masa aku lebih flexible. Bila tak faham, boleh ulang ulang tengok video lecturer banyak sebab dah direcord. Sumpah praktikal. Tak perlu nak bersiap tak perlu pikir pakai baju apa kasut yang mana kelas kat mana. Cuma cons nya bila kelas pagi buta (pukul 8 or 9) mencabar bakhang aku kadang kadang ada jugak tertidur lepas subuh so pernah la sekali terlambat masuk kelas (lupa bagitau umi aku ada kelas pagi uhuk) pastu dikira tak hadir sebab tak isi attendance (attendance tu dr bukak 30 minit pertama kelas je) so redho je la masuk kelas tak isi attendance. Takpelah nak buat macam mana, niat nak belajar bukan nak isi attendance semata GITTEWWW and and and aku bersyukur sebab aku takde masalah untuk belajar online alhamdulillah. apa lagi eh? oh yaa aku bersyukur jugak sebab lecturers kos aku sangaaaaaaat la caring baik penyayang pemurah memahami semua yang baik baik la senang cerita. kerja jalan tapi tak membebankan. tak menghukum. suporting sangat. Serious cakap aku tak menyesal pilih course ni, Bachelor in Industrial Chemical Technology kat usim ni. 

Drama

weekend ni dah habis satu chinese drama ya allah teruk betul.post week 5 hahahaha A Love So Beautiful. of course ramai dah tengok cerita 2017 kut. aku memang ketinggalan sikit. orang dah tengok bertahun aku baru tengok. ya allah cringe amat cerita tuuuuu tapi i can stand lagi laa sebab hero hensem heroin comel jalan cerita pun menarik. Baru habis cerita ni member dah suggest cerita lain haih. Go Go Squid pulak. tapi tu tengok weekend minggu depan pulak. post week 6. pehh macam relax betul weekend padahal assignment menggunung. jangan tiru pls gais. patutnya weekend la ada masa study lebih sikit apa yang tak faham. maafkan saya.

Youtube

Ni antara bestfriend aku sejak cuti mco ni selain twitter and game. Ig jarang bukak. Ws pun sama sebab takde sapa nak ajak sembang (sendu). Ok tak, aku yang tak suka reply. maafkan saya 2.0. Apa je tak tengok kat youtube ni. yang elok la yang tak elok tu nauzubillah mintak dijauhkan. Lately ni banyak tengok video video yang pesen reaction tu especially pasal covid ni. majoriti reaction puji malaysia dalam menangani pandemic covid19 ni alhamdulillah rasa bangga la jugak bila negara luar tengok 'kejayaan'kita, betapa bagusnya rakyat malaysia gitteww And aku harap sangat kita teruskan #stayathome #kitajagakita ni sampai semua ni berakhir insyaallah may allah ease.

rasanya tu jela kut entry aku kali ni. panjang ke tak panjang? hahahaha undur diri dulu, bye.

Assalamualaikum.