Tuesday, 31 December 2013

#5 2013

     Assalamualaikum !

Yeahh, hari 31/12/13. Hari terakhir pada tahun 2013. Wow, pejam celik pejam celik, dah nak masuk 2014. cepat betul masa berlalu kan. Alhamdulillah., syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-NYA. Allahuakbar ! Banyak betul perkara yang berlaku pada aku sepanjang 2013 nie. Nak tahu? teruskan baca sampai habis. Maybe entry nie agak panjang. Kalau malas nak baca, boleh tekan pangkah kat atas tu, ok?

Naik Kelas

Alhamdulillah, tahun nie aku naik kelas. yeay. Dari kelas ke 4 naik kelas ke 3. Ala, naik satu kelas je pun. Tapi gaya macam duk kelas pertama. Entah, susah betul aku nak bersaing dengan pelajar-pelajar MMP nie. Hebat-hebat semuanya. Entahlha, tahun 2014, tak tahu lha kekal kelas ke-3 atau turun kelas. Sebab aku rasa, result aku macam cukup-cukup makan jer. Ya Allah, berdebarnya nk sekolah esok !


Join Taekwando

Tahun lepas aku join Bridget Bakti. Tapi rasa macam boring pulak. nak join kawad, tak terpilih pulak. Nak buat macam mana, tak ada rezeki. Actually, sejak sekolah rendah lagi aku nk join taekwando. tapi, entahlah. aku kalau boleh tak nak menyusahkan umi dengan abah. Ye lha, nak kena bayar banyak-banyak. So, aku pun tak jadi join kelab tu. Lepas tu, bila masuk Maahad Muhammadi Perempuan, aku dapat tahu ada jugak Kelab Taekwando. Tapi macam biasalah, aku batalkan juga hasrat nak join tu. And then, tahun nie, kawan aku ajak join. Dia pun baru nak join tahun nie. Kira macam teman dia lha. Kesian dia , sorang-sorang. haha ! Alhamdulillah, now aku dah tali pinggang ********* ! tak payah tahu pun takpe. Malu ! xD

Bola Jaring

Hoho ! Part nie yang paling best. You know what? Kumpulan aku dapat tempat Ke-2. Yuhuu ! eh, apa yang best sangat dapat tempat ke-2? Tempat pertama barulha best. Ye, memang, tempat pertama memang best. Tapi, sukati aku lha kalau nk happy-happy although dapat tempat ke-2 pun. Actually, tahun lepas kumpulan aku tak dapat nombor pon. Maksudnya, dapat tempat last sekali lha. So bila tahun nie dapat tempat ke-2, tu yang excited tu. Btw, rumah sukan aku Rumah Ungu. Haha, mesti pelikkan? Macam mana boleh ada ungu pulak. Selalunya, merah, biru, kuning dan hijau jer. Yeah, sekolah aku nie, penghuninya ramai. So, kalau buat 4 rumah sukan jer, takut ramai yang tak main sukan lha jawabnya. So, tambah lha 2 lagi rumah sukan, iaitu Ungu dan Jingga. 

 Itu je lha entry aku kali nie, Actually, banyak jer kenangan -kenangan sepanjang 2013 nie. Tapi kemalasan menguasai diri. hoho. So, itu sahaja untuk kali nie. Semoga tahun 2014 lebih baik dari tahun yang sebelum ini. In shaa Allah. Assalamualaikum. xoxo

No comments:

Post a Comment