Assalamualaikum !
Hari nie aku nk kongsi satu cerita yang sangat bagi aku. Betapa Allah mengabulkan doa seorang teman kepada temannya walaupun disampaikan dalam diam.
Sebuah kapal karam diterjah badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tidak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Bagi mengetahui doa siapakah yang paling dimakbulkan, mereka tinggal berasingan dan berada dalam jarak yang jauh.
Doa pertama, mereka memohon supaya diturunkan makanan. Keesokan harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh disisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah lelaki kedua tetap kosong.
Seminggu berlalu, lelaki pertama kesepian dan memtusukan untuk berdoa agar diberikan isteri. Keesokan harinya, sebuah kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di pulau tempat lelaki pertama tinggal. Sedangkan disisi tempat tinggal lelaki kedua tetap sahaja tidak berlaku apa-apa perubahan.
Lelaki pertama berdoa pula memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap tidak mendapat apa-apa.
Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Dia memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Baginya lelaki kedua itu tidak layak menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tidak pernah makbul.
Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang berada di sisi lain pulau?"
"Berkatku hanya milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama. "Doa temanku itu tidak satu pun dikabulkan. Maka dia tidak patut mendapatkan apa-apa.
"Kau salah!" suara itu berteriak.
"Tahukah kamu bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan doanya itu dikabulkan. Jika tidak, maka kamu tidak mungkin mendapatkan apa-apa"
Lelaki pertama itu bertanya," Doa bagaimanakah yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"
"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan".
No comments:
Post a Comment