Thursday 31 October 2013

#3 Final Exam !!

Assalamualaikum Guysssss !!


Oh yeahhhh ! exam kembali lagi. Tapi kali nie lagi best kot. Yelah, final exam lha katakan !
Herm, actually final exam sekolah aku start minggu lepas lagi. Tapi baru hari nie sempat buat entry ! Teruk betul , kan? Wkwkwk xD Ok fine, tak lucu pun --"

Hari nie hari ke-6 aku exam . Paper PAI and BA ! Pergh, yang BA tu seriously payah gila ! Bukak je kertas exam, terus sakit jantung ! ok, itu tipu. Tak de lha sampai sakit jantung. Penipuan semata-mata. hehe. Tapi yang pastinya, soalan yang pertama tu mmemang payah ! Nak nangis pun ada. huhu. Tapi alhamdulillah jugak sebab yang kena buat karangan bahasa arab tu senang sikit. Nasib baik aku dah hafal karangan tu ! hehe. Opss, ini bukan soalan bocor ok. Aku cuma hafal karangan yang cikgu kata mungkin masuk, dan alhamdulillah memang ada pun. Masin betul mulut cikgu tu kan ? Lol !

Herm, Masa exam semalam lagi best. Best yang amat sangat wa cakap lu ! Semalam aku exam paper MATH 1&2 ngan Hadis . Pergh , masa periksa Math kertas 1, rasa nak meletup jantung aku. Ada yang senang dan ada yang susah ! Tapi yang pasti banyak yang susah ! Masa tengah syok mengira, tiba-tiba cikgu Hartini jerit, "5 minit lagiiiiiii !," ,, Pergh, dia punya bunyi macam halilintar daa. Menggegar dunia bak kata Stacy dan Adam. Kitorang pun apa lagi, riuh. Semua orang panik. Aku lagi lha panik. 

Masa kertas Math paper 2 pun sama. Soalan agak susah ! nak kata aku tak study. aku study. Mungkin sebab aku tak study betul-betul kot. :/ Then, kertas Hadis pulak ! Alhamdulillah, boleh jawab dengan hati yang tenang ! 

Apa-apa pun, aku nak pesan kepada korang, kalau boleh jangan tunggu last minit baru nak study atau nak apa pun. Takut nanti jadi macam aku . hehe. Apa-apa pun doakan aku , ok. Herm,6 kertas lagi menanti. Letih betul. Dengan PBS lagi. huhu. Jangan terkejut kalau aku kata aku exam 21 paper ! Banyak tak? Banyak kan ! Tapi nak buat macam mana, itu pilihan aku, so hadap je lha ! 

Ok guys, setakat nie je lha yang dapat aku ceritakan pada korang. Got to go, Assalamualaikum . Have a nice day xD

No comments:

Post a Comment